Kad kahwin digital ialah versi elektronik kad jemputan kahwin yang tradisional. Ianya boleh dihantar melalui e-mel atau dikongsi melalui platform media sosial. Kad jemputan digital menjadi semakin popular kerana memudahkan pihak majlis dan tetamu, menjimatkan kos dan lebih mesra alam.
Untuk menempah kad digital, anda perlu log masuk dengan menggunakan akaun Google atau Facebook. Kemudian, pilih design kad digital dan isikan maklumat majlis pada borang yang disediakan dengan lengkap. Setelah borang diisi, pihak KahwinNow akan menghubungi anda untuk urusan pembayaran. Setelah selesai pembayaran, anda akan mendapat link untuk kad kahwin digital anda.
Tempoh masa untuk menyiapkan kad digital hanyalah mengambil masa 1-2 hari bekerja sahaja, bergantung kepada segala maklumat lengkap yang telah diberikan dan juga setelah pembayaran dibuat.
Sebarang pertukaran maklumat boleh dibuat sebelum tarikh majlis berlangsung.
Ya, kad digital ini mempunyai muzik latar belakang.
Ucapan dalam guestbook boleh dipadam jika ianya mendatangkan ketidakselesaan kepada pihak majlis.
Tidak perlu. KahwinNow adalah sebuah web-based app yang boleh diakses menggunakan browser.
Hak Cipta Terpelihara © 2025 KahwinNow
Dimiliki oleh PiCrust Technologies Sdn Bhd (1610547-U)